Hubungi Kami

Canopious Store
(Dimiliki: Mutiara ProSolutions, TR0112934-P)
   428B, Jalan Besar,
   23100 Paka, Dungun,
   Terengganu.
   Malaysia

Tel/Fax: 09-827 1682
SMS: 016-939 7262 (En.Zul)

www.canopious.com
Visitor Counter
00294936
Today Visitors 98
Total Visitors 294936
Today Hits 336
Total Hits 1540878
Online Visitors 1

Rempah Dalca

Rempah Dalca
Rempah Dalca
Scroll and tap to view images
Rempah Dalca Rempah Dalca
Category : Galeri Rempah Masakan
Brand: Canopious
Product Code: Dalca
Reward Points: 300
Availability:
Price: RM2.30
Price in reward points: 400
Qty:  

MASAK DALCA

 

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil (agak2 lah yea, tapi jgn kecik sgt), cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap satu, rendam
  • 1 batang lobak merah, dipotong baji, rendam
  • 10 tangkai kacang panjang, kerat pendek
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • 1 biji terung bulat, buang sedikit kulit dan dadu besar, rendam
  • 5 biji pisang muda, buang sedikit kulit luarnya, hiris sederhana tebal, rendam
  • 1 cawan kacang dhal, rebus hingga empuk, tos dan asingkan airnya
  • 2 biji cili merah, belah dua
  • 2 biji cili hijau, belah dua
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan pati santan
  • 2 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar rempah dalca canopious
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)

  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 pelepah daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3/4 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah dalca canopious, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah kari dan terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, kentang, pisang dan lobak merah. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (juga air rebusan kacang dhal). Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Tambah kacang dhal, kacang panjang, terung dan santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dibelah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi kegemaran anda atau roti canai, lempeng dan sebagainya..

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



Powered By OpenCart and OC2PS
Canopious Store © 2018