Rempah Masak Kerutuk

Rempah Masak Kerutuk
Brand: Canopious
Product Code: Masak Kerutuk
Availability: 89
Price: RM2.30
Qty:  
Description Reviews (0)

KERUTUK DAGING/AYAM















Bahan-bahan


1kg daging
1 peket rempah kerutuk canopious
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak


Cara-cara membuatnya :-


1). Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2). Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk canopious
3). Panaskan minyak
4). Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5). Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6). Masak sehingga pecah minyak
7). Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8). Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
9). Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: