Rempah Kuzi

Rempah Kuzi
Brand: Canopious
Product Code: Kuzi
Availability: 98
Price: RM3.50
Qty:  
Description Reviews (0)
Kuzi Ayam
 
Bahan bahan
Ayam potong 12
 
Bahan perap ayam:
saffron(jika ada)
halia
bawang putih
garam
 
 
Bahan goreng:
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
2 biji bawang besar dipotong dadu

 
 
Bahan tumis:
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte
 
 
Cara cara
Panaskan minyak.  goreng bawang merah hiris, tos.  goreng bawang besar hingga kuning, tos.  goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos.    Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
 
Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.  Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dgn air.  Goreng hingga wangi.  Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
 
Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, bawang besar goreng dsb.  masukkan gula dan garam.  Masak hingga agak pekat.
Sedap dimakan dgn roti jala, nasi minyak dsb.
 



bawang putih dan bawang merah utk menumis




antara bahan bahan diperlukan




ayam diperap dg bawang putih, halia dan garam




lagi bahan bahan diperlukan




bawang merah hiris dan bawang besar potong dadu





bancuh rempah kuzi dgn sedikit air




goreng bawang hiris sehingga garing




bawang goreng ditumbuk sehingga lumat




hirisan badam digoreng hingga kekuningan




kismis digoreng




bawang besar, badam dan kismis yg telah digoreng




akhir sekali goreng ayam separuh masak




tumis bahan tumbuk hingga wangi




masukkan rempah kuzi




masukkan sedikit air




tuang 1 tin susu cair




masukkan 1 botol sos tomato, jenama del monte tau ...




masukkan bawang besar, badam dan kismis




kacau rata




masukkan ayam goreng




masukkan bawang goreng yg ditumbuk, garam dan gula




masak sehingga pekat



 
 



siap dihidang ..

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: